Khamis, 26 September 2013
RASUK 'HISTERIA'
Assalamualaikum , hari ni , hari yang amat menakutkan , aku yang sedang berbual bersama kawan-kawan dibelakang kelas tetiba terdengar bunyi jeritan seorang perempuan . lalu aku dan kawan-kawan yang lain bergegas lari ke depan , duduk beramai-ramai dan membaca yassin . teringat pulak , sudah sekian lama budak sekolah aku tak kena histeria tetapi hari ni ramai yang kena histeria . semua berunca dari budak tingkatan dua . kerana mereka bermain 'spirit of the coin' . haish , pelik dengan budak zaman sekarang ni , macam dah tak ada benda lain nak main . ni lah , pengaruh TV , DVD banyak sangat , ni mesti terengaruh sangat dengan cerita 'the conjuring' . kita sebagai umat islam sepatutnya tau permainan tu semua syirik . di sebabkan bebudak tu satu sekolah bermasalah . hampir 30 orang pelajar sekolah aku kena histeria . samai ustad dari luar dua orang teraksa datang sekolah tolong .
teringat pulak masa dulu-dulu , last sekolah aku kena histeria yang betul-betul teruk masa tahun 2009 . aku tingkatan dua masa tu , tahun tu pun ramai yang terkena histeria , sampai masuk metro tau , ia berpunca pokok pisang belakang sekolah . sebab ada budak yang pijak pokok pisang . tu pun sebab ada budak yang sengaja pijak sebab nak kan perhatian agaknya ..
aku harap sangat-sangat esok-esok masalah ni berakhir .. AMIN ..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan