Khamis, 31 Oktober 2013

SHIRO ZAPIN K-POP LIRIK











Alhamdulillah luaskan kuasamu
(Haa dengo ni)


Mari mari mari
Mari dengar sini
Nasihat dalam melodi yang ku beri

K pop dan zapin
Korea ke JB
Cenggitu cenggini
Toyota Kawasaki

Begitu begini
Saga dan Myvi
Budaya dan tradisi
Kita bisa berkongsi

Masih lagi asli
Kombinasi komedi
Kita kasi gegar muzik industri

Bagai mimpi jadi realiti
Dari fantasi ku di sini
Semangatku juga semangatmu
Doa dan restu ayah ibu

Oo marilah
Marilah bersamaku
Oo sambutlah
Sambutlah oh tanganku
Ku menantimu


Berdansa denganku
Lupakan kisah pilu
Jangan segan dan malu
Ikut gerak tariku

Mari dengar lagi
Rangkap kedua ini
Biar busuk kaki
Jangan busuk hati

Jangan bangga diri
Jangan hidung tinggi
Itulah ikrar
Itulah janji


Kain Pak Malau
Mak Limah yang lipat
Hidup sopan santun
Eh dah memang adat


Ulo melingkor di dalam gebor
Misiku sulit apa yang tak sedor

Bagai mimpi jadi realiti
Dari fantasi ku di sini
Semangatku juga semangatmu
Doa dan restu ayah ibu

Oo marilah
Marilah bersamaku
Oo sambutlah
Sambutlah oh tanganku
Ku menantimu

Berdansa denganku
Lupakan kisah pilu
Jangan segan dan malu
Ikut gerak tariku

Ini aku nak bagi tau kau (apa dia Jak?)
Kalau ada K pop datang kat Johor
Ni zapin K pop kita hantar pegi Korea
(Cepat Jak kita zapin lagi)

Biar apa pun yang terjadi
Kan ku teruskan juga misi
Semangat membara ini
Tak bisa ku bendung lagi

Berdansa denganku
Lupakan kisah pilu
Jangan segan dan malu
Ikut gerak tariku

Berdansa denganku
Lupakan kisah pilu
Jangan segan dan malu
Ikut gerak tariku

Selasa, 8 Oktober 2013

USAHA TANGGA KEJAYAAN


"Imej akan terbentuk daripada sifat yang ditunjukkan . Malahan imej diri bukan semata-mata melibatkan apa yang dilahirkan daripada gerak geri dan tutur kata malahan imej diri sebenarnya lahir daripada sifat dalaman seperti kata pepatah Inggeris,'What you see in you, is what you get!  " .


"Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian".


Tidak ada muslim/muslimah yang celik cara berfikirnya yang tidak mahu berjaya dalam kehidupan, sama ada di dunia ini yang bersifat sementara apatah lagi di akhirat yang kekal abadi. Ia juga adalah hasrat setiap insan walaupun tidak menjadi seorang muslim, kerana kejayaan adalah sesuatu yang manis dalam kehidupan manusia.