Selasa, 21 April 2015

usaha tangga kejayaan

Usaha itu tangga kejayaan - kata kata yang selalu kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk kepuncak yang tinggi. Selangkah demi selangkah kaki diangkat, perlukan tenaga.

Semakin tinggi tangga didaki semakin terasa kepenatan dan keletihan, hanya yang tidak mengenal erti kalah dan tekad yang tinggi je yang mampu sampai ke anak tangga terakhir. Kalau terjatuh... terus berusaha melangkah semula tanpa mengenal erti putus asa dan kembali berdiri untuk langkah bersama strategi baru disamping lebih berhati-hati agar tidak tergelincir lagi




Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya tekadkan usaha untuk mendaki semula tangga tu...
.

Isnin, 20 April 2015

Keliru

Assalamualaikum to my blogger .
Hari demi hari telah berlalu. Tak tau kenapa diri ni makin hari rasa makin teruk. Apa lagi dah aku cuba, happy, usaha, semuanya dah cuba. Kenapa dengan rasa ni. Apa sebenarnya yang tersirat. Apa sebenarnya yang dicari. Hmmm entahlah ... tolonglah saya yang kekeliruan ni...

Setiap hari hari yang saya lalui ia bagaikan mimpi ngeri. Setiap hari ada je yang membuatkan hati ni rasa sedih atau kecewa. Hati bagaikan kosong dan rasa bermasalah. Ada je rasa kurang selesa dan sayu. Rasa sedih dan takut nak menempuh hari hari yang akan datang pula. Ya Allah, ujian apakah ini Ya Allah. Tenangkan lah hati hamba mu. Bahagiakan lah diri ni.

SAYA

Assalamualaikum. Hai :) nama saya shasha. Saya berumur 19 tahun. Saya seorang pelajar kolej di Batu Muda di Kuala Lumpur. Pertama sekali  saya nak bagi tau saya dapat tawaran kolej di KL kerana mama saya. Everything because my mom and i love my mama. Saya di KL study physiotherapy sebagai kata lainnya juru pulih anggota. Jikalau nak ikutkan hari ni dah genap setahun saya study dekat sini.

Bukan ini yang saya nak cerita, itu cuma intro kenapa saya buat blogger dan disini bermulanya cerita hidup saya sebagai student physioterapy yang cuba untuk menjadi terbaik untuk semua orang terutamanya mama dan ayah.

Kadang kala saya jatuh semangat kerana keadaan sekeliling. Saya bukannya padai mana pun, sejujurnya saya bagi tau saya sangat lemah dalam english dan saya sangat gelabah apa bila berdepan dengan orang. Sedihlahh :'( saya dah cuba dah ubah rasa gelabah, saya dah cuba kawal, tapi rasa tu masih lagi ada.

Semenjak saya study dekat KL ni saya banyak blajar untuk bersabar, berusaha, dan bermuhasabah diri. Kat sini semua kena buat sendiri. Makan sendiri, bangun sendiri, kesana kemari semua sendiri. dah tak macam dulu, dulu ada mama ada keluarga, kalau demam sakit tak sihat ada yang rawat. kat sini semua kena sendiri..

okayy lahh sambung lain hari .. bubye jumpa lagi .. Assalamualaikum